CHINA – Gara-gara bimbang dimarahi ibunya kerana gagal membuat kerja sekolah, seorang budak lelaki, sanggup mengambil risiko memanjat tebing lantai di tingkat 11 rumahnya.
Xiao Kai berbuat demikian semata-mata mahu bersembunyi daripada ibunya.
Dia sebelum itu dipaksa ibunya membuat kerja sekolah, namun budak berusia 12 tahun ini enggan melakukannya kerana mahu tidur memandangkan ia adalah hari cuti.
Ia menyebabkan berlaku pertengkaran sebelum Xiao Kai masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu dari dalam.
Mujurlah seorang pengawal keselamatan melihat dia duduk di tebing lantai di luar tingkap, lalu terus menghubungi polis.
“Ketika kami tiba, ibunya amat bimbang dengan keselamatan anaknya itu dan cuba beberapa menariknya masuk ke dalam rumah namun gagal,’’ kata polis.
Hanya selepas dua jam, barulah Xiao Kai masuk selepas ibunya berjanji tidak akan memarahinya lagi.
Polis menggunakan tali untuk membawa budak itu masuk ke dalam rumah.
Susulan itu, polis akan memanggil ibunya untuk memberikan keterangan kerana memukul anaknya.