Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ahli Perniagaan Ditembak Mati...

SHAH ALAM - Siasatan polis mendapati ahli perniagaan yang mati ditembak dalam kenderaannya...

1MDB Bidas Tony Pua...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini membidas kenyataan setiausaha publisiti...

Pameran Tanjak Terbesar Di...

KUALA LUMPUR - Replika tanjak Pahang 'Lang Menyongsong Angin' hiasan kepala yang digunakan...

Paras Air 14 Sungai...

KUALA LUMPUR: Paras air di 14 sungai di Selangor, telah mencatatkan rekod melebihi...

Cetak Kertas Soalan Di Luar Negara Perbuatan Mengarut

KUALA LUMPUR – Persoalan utama  dalam isu kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 adalah mengenai integriti penjawat awam, bukan tentang lokasi kertas soalan itu dicetak.

Ahli Parlimen Segambut daripada parti DAP, Lim Lip Eng berkata, cadangan supaya kertas soalan UPSR dicetak di luar negara untuk mengelak kebocoran berulang adalah suatu perbuatan yang membazir dan mengarut.

“Ini merupakan satu cadangan dangkal yang tidak pun menangani masalah kebocoran soalan peperiksaan tersebut.

“Soal integriti penjawat awam adalah persoalan utama dalam hal ini. Bukan soal cetak di mana. Kalau sudah wujud sikap tidak amanah yang membarah dalam kalangan penjawat awam, cetak di mana-mana pun akan ada orang yang bocorkannya,” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.

Lip Eng turut menyelar cadangan mencetak kertas soalan UPSR di luar negara dengan menganggap ia cuma peluang untuk mewujudkan projek baharu untuk pihak-pihak tertentu.


Beliau turut menyifatkan cadangan mencetak kertas soalan di United Kingdom itu adalah satu cadangan pemalas yang boleh difikirkan oleh penjawat awam.

Dakwa beliau, integriti harus dibina dari dalam kementerian dan agensi-agensinya dengan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab dengan memecat dan menyumbat mereka ke dalam penjara.

“Saya menggesa Kementerian Pendidikan mendedahkan kepada orang ramai siapa yang bertanggungjawab di sebalik kes kebocoran ini dan kenapa ia berlaku,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori