BUKAN sesuatu yang luar biasa melihat akaun Instagram artis atau selebriti dilimpahi dengan komen berunsur iklan daripada peniaga.
Kadang-kadang dalam ratusan komen, mungkin hanya ada beberapa komen sahaja yang menyentuh mengenai gambar yang dimuatnaik oleh selebriti tersebut.
Chef terkenal, Chef Wan tidak terkecuali daripada menjadi ‘mangsa’ peniaga-peniaga ini.
Justeru, menerusi mStar Online, dia mendedahkan yang setiap hari dia akan menyekat 10 pengikut akaunnya kerana mengambil kesempatan untuk berniaga.
“Saya berbuat demikian memandangkan ia semakin menjadi-jadi dan menyukarkan saya untuk membaca komen-komen pengikut yang benar-benar jujur.
“Mereka (peniaga) sepatutnya menghormati privasi orang lain dan bukannya sesuka hati menyemakkan laman sosial orang lain dengan pelbagai iklan,” ujarnya.
Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Chef Wan itu.
Kadang-kadang sudah ditegur pun buat lagi. Tak pasal-pasal peniaga sebegini dilabel biadap…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC