Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Lemas, Seorang Hilang...

TAIPING - Dua pemancing ditemukan mati lemas pagi tadi, manakala seorang lagi yang...

Kerajaan Apa PH Ni?...

KRITIK... Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih berdegil kenakan harga petrol RON...

GPS Tidak Akan Sertai...

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan...

Putin Ketawa Menteri Cadang...

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak mampu menahan diri ketawa terbahak-bahak dalam...

Chong Wei Mahu Berehat Selepas Terbuka Denmark Bulan Ini

SEPANG – Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, menyuarakan hasratnya untuk berehat selepas Kejohanan Terbuka Denmark pertengahan bulan ini, sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Seluruh England dan Terbuka Malaysia tahun hadapan.

Beliau akan membincangkan perkara itu dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas pulang daripada kejohanan itu nanti.

“Saya perlu berehat agak panjang untuk bersedia (menghadapi Kejohanan Seluruh England dan Terbuka Malaysia). Saya akan bincang dengan BAM selepas Terbuka Denmark,” katanya kepada media sejurus tiba dariƃā€šĆ‚Ā  Incheon, Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.

Chong Wei dijadualkan menyertai Terbuka Denmark, satu daripada kejohanan Siri Super Premier Persekutuan Badminton Dunia (BWF), dari 18 hingga 23 Okt ini.

Menurutnya keputusan untuk berehat itu wajar berikutan tiadanya kejohanan yang perlu disertainya pada Januari dan Februari depan.

“Awal tahun depan tidak ada kejohanan besar, ia agak baik untukƃā€šĆ‚Ā  saya berehat sebelum memulakan latihan dan tingkatkanƃā€šĆ‚Ā  prestasi bagi
menghadapi All England dan Terbuka Malaysia,” katanya.

Chong Wei juga mengakui prestasinya agak menurun selepas Kejohanan Dunia Denmark bulan lepas, namun menganggap pencapaiannya sehingga ke peringkat separuh akhir pada Sukan Asia Incheon adalah cukup bagus.

Mengenai kerjayanya dalam badminton, beliauƃā€šĆ‚Ā  berharap dapatƃā€šĆ‚Ā  terus bertahan untuk dua tahun lagi.


Ditanya mengenai kemungkinan BAM mengambil jurulatih baharu dari China untuk membantunya dan skuad badminton negara, Chong Wei berkata beliau menerima apa sahaja keputusanƃā€šĆ‚Ā  BAM.

BAM dilaporkan bakal melantik beberapa jurulatih baharuƃā€šĆ‚Ā  termasuk He Guo Quan, iaitu bekas jurulatih pemain perseorang lelaki Lin Dan dan pemain perseorangan wanita Li Xueriu.

Sementara itu, jurulatih perseorangan lelaki Tey Seu Bock berkata langkah BAM membawa jurulatih mungkin memberi kebaikanƃā€šĆ‚Ā  kepada Chong Wei.

“Ia akan wujudkan satu perubahan ke arah kebaikan kepada Chong Wei…saya fikir, kita perlu buat perubahan atau sesuatu yang lain untukƃā€šĆ‚Ā  Chong Wei (khususnya dalam menghadapi Sukan Olimpik),” katanya.

Menurutnyaƃā€šĆ‚Ā  beliau tidak menghalang jika BAM mahu Chong Wei dikendalikan seorang jurulatih baharu.

“Jika perubahan itu penting dan untuk kebaikan Chong Wei, sayaƃā€šĆ‚Ā  tidak kisah. Kita perlu cari formula untuk bantu kecemerlanganƃā€šĆ‚Ā  beliau. Saya nampak beliau begitu kecewa bila tewas kepada Lin Dan diƃā€šĆ‚Ā  Sukan Asia,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori