Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

50 Mayat Pendatang Ditemui...

VIENNA - Kira-kira 50 mayat pendatang sudah reput ditemui dalam sebuah trak yang...

Meninggal Di Makkah: Syukur...

MELAKA - Anak kepada pasangan suami isteri yang meninggal dunia ketika mengerjakan ibadah...

Lelaki Islam Dijel 6...

Kashgar, China - Seorang lelaki Islam etnik Uighur di sini dihukum penjara selama...

Difteria Masih Terkawal Di...

PETALING JAYA - Penyakit difteria, yang dikesan di negara ini bulan lepas, masih...

Comel…Anak Kambing Dan Lembu Jadi ‘Friends For Life’

LONDON – Berlari ke sana sini berdua-duaan, berlaga hidung dan saling menggeselkan badan merupakan imej yang menunjukkan bagaimana anak lembu dan kambing ini merupakan sahabat baik.

Ia umpama cerita kanak-kanak tetapi ini yang berlaku kepada dua ekor binatang tersebut.

Anak kambing dan lembu ini berusia enam bulan dan dilahirkan pada hari sama. Binatang ini sama-sama menjadi yatim piatu apabila ibu mereka mati.

“Sejak itu, dua ekor binatang ini menjadi rapat dan tidak boleh dipisahkan. Malah kedua-duanya akan menyandarkan badan antara satu sama lain ketika tidur.

“Memang tiada cara untuk kami memisahkan mereka,’’ kata tuan punya ladang ternakan, Lucinda Foster.


Menurut Foster, dia cuba memadankan anak kambing dan lembu itu dengan lembu dan kambing lain, namun kedua-duanya enggan.

“Kedua-duanya diberikan minum susu botol jadi kami meletakkan mereka berdekatan, tidak sangka mereka menjadi kawan sejati,’’ katanya.

Dua ekor binatang ini juga suka bermain-main di luar rumah.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori