Nampaknya tak habis-habis lagi kontroversi yang melanda artis remaja ini.
Bermula daripada kecoh gambar-gambar ‘panas’nya bercumbu dengan seorang wanita tersebar luas di dada akhbar,sehinggalah kisah cinta tiga seginya dengan Zarina Anjoulie dan Anne Ngasri; kini timbul satu lagi cerita kurang enak.
Memetik daripada laporan Sinar Harian, Aliff yang popular dengan lagu ‘Sayang Sayang’ itu bakal berdepan dengan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 (RM 5134.87) berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit.
Beliau disabitkan bersalah dalam kes kecurian dua telefon bimbit berjenama HTC One dan Samsung Note 1 kepunyaan dua individu berbeza.
Menurut sebuah akhbar terbitan Singapura, Aliff telah didakwa pada 16 ogos lalu atas kesalahan yang dilakukan.
Sementara itu, menerusi akaun Twitternya @aliffaziz, penyanyi kelahiran Kota Singa itu memuatnaik status berbunyi: “Saya akan kembali tidak lama lagi. Tidak lama lagi.”
Wah, misteri sangat kan?
Diharap di masa akan datang Aliff akan lebih berhati-hati dan lebih menghargai kerjaya seni yang diciptanya di Malaysia, bukan hangat dengan kisah sensasi sahaja ya!-mynewshub.cc
Oleh: SARA KHALID