Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perbicaraan Muhammad Sanusi Atas...

Kuala Lumpur : Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md...

Che Ta Suka Zain...

SAMBUTAN Aidilfitri baru-baru ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai koleksi pakaian hari raya daripada...

Kemudahan Cuti Bersalin Elaun...

KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menangguhkan kemudahan cuti bersalin dengan...

Kejutkan Peminat, Sheeran Buat...

SEMPENA lagunya diumumkan memenangi sebuah anugerah muzik, penyanyi terkemuka Britain, Ed Sheeran berbesar...

David Teo Anggap Aeril Zafrel Dan Wawa ‘Kebudak-Budakan’

TAK berkesudahan rupanya ‘perang’ antara pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dengan penerbit filem, David Teo.

Terbaru, menerusi Malaysian Digest, David menyifatkan pasangan suami-isteri itu sebagai kebudak-budakan kerana menggunakan medium sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

wawa aeril

(BACA: Aeril Zafrel Dakwa Pihak MIG Belum Lunaskan Hutang)

(BACA: David Teo Tak Faham Kenapa Aeril Perbesarkan Isu Kereta ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“CuriƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢)

“Media sosial ialah khayalan. Kalau tuntutan secara nyata ialah datang berbincang dan tandatangan. Semuanya kena ada hitam putih. Kalau mereka nak beli kereta itu, kita memang nak jual. Lagipun kereta itu sudah pakai, sudah tiada nilai lagi kalau nak jual pada pihak lain. Tapi mereka tetap nak pilih media sosial untuk ‘bercerita’.

“Dari segi rakaman, bukti, percakapan semua sudah disimpan secara baik mengikut undang-undang. Saya hantar surat minta Wawa datang ke pejabat, dia balas katanya, dia tak mahu datang, Aeril sekarang pengurus dia,” ujarnya.

Pada masa yang sama, David turut menyifatkan dirinya sebenarnya yang menjadi ‘mangsa’ pasangan suami-isteri itu.


“Dia (Wawa) yang tamatkan saya bukan saya yang tamatkan dia. Jadi sekarang ni siapa yang sebenarnya cetuskan kontroversi…?” perlinya.

Pedas juga kata-kata David itu.

Harapnya selepas ini, Aeril dan Wawa tidak lagi memanjangkan perkara itu menerusi laman sosial.

Jumpa depan-depan kan senang?

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori