Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KFA Tiada Masalah Dapatkan...

SUNGAI PETANI - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yakin usahanya untuk mendapatkan lesen kelab...

“Impak Pelanggaran Sangat Kuat”...

KUALA LUMPUR - "Keadaan tenang dalam tren tiba-tiba bertukar menjadi panik dengan suara...

Izzah Minta Henti Bahas...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar meminta...

26 Maut, 46 Hilang...

MANILA - Ribut tropika yang melanda Filipina pada Sabtu, menyebabkan sekurang-kurangnya 26 orang...

DBKL Lulus 276 Tapak Bazar Deepavali Untuk NGO

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan sebanyak 276 tapak bazar Deepavali untuk Persatuan Peniaga Kecil Bersatu India Kuala Lumpur/Selangor dan Persatuan Peniaga Kecil India Kuala Lumpur/Petaling Jaya.

Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Stapa berkata, kelulusan untuk penganjur Bazar Deepavali 2014 itu dibuat menerusi Jawatankuasa Penganjuran Bazar Deepavali pada 26 Ogos lalu.

“DBKL menyediakan sejumlah petak bazar untuk kepada penjaja-penjaja yang berminat menambah pendapatan masing-masing untuk Bazar Deepavali 2014 bermula pada 22 September 2014 hingga 21 Oktober 2014.

“Lokasi bazar untuk Persatuan Peniaga Kecil Bersatu India Kuala Lumpur/Selangor di Lot 266, Lorong Chan Ah Tong, Brickfields dan Persatuan Peniaga Kecil India Kuala Lumpur/Petaling Jaya di Tanah Lapang, Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail turut memaklumkan, DBKL menyediakan sebanyak 95 tapak bazar Deepavali di Jalan Masjid India, Lorong Tuanku Abdul Rahman (406), Wakaf Pemuzik Buta (25), Lebuh Ampang (18), Jalan Ipoh (21) dan Sentul (18). – mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • DBKL

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori