Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

8 Anggota Polis Leka...

IMEJ Polis Diraja Malaysia (PDRM) 'tercalar' sekali lagi apabila lapan anggota pasukan itu...

Polisi Kerajaan Perlu Galak...

PUTRAJAYA - Polisi kerajaan perlu membayangkan dan menggalakkan penglibatan meluas rakyat untuk memupuk...

1MDB Akan Tumpu Kepada...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mengelak konfrontasi dengan ahli politik...

Sultan Sallehuddin Selamat Ditabal...

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini...

Didenda RM5,000 Memandu Melulu Sebabkan Kematian

KUALA LUMPUR – Seorang jurulatih fizikal didenda RM5,000 oleh Mahkamah Trafik di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas pertuduhan memandu kereta secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang guru sekolah memandu, Mac lepas.

Jeremy Kho Hui Jaq, 27, dituduh melakukan kesalahan itu ketika memandu kereta jenis Nissan Sylphy di Lebuhraya DUKE dan melanggar belakang kereta jenis Perodua Viva yang dipandu oleh mangsa Daliana Abd Aziz, 34, bersama penumpang Mohamed Afiq Asrul, 18, pada 3.30 petang 19 Mac lepas.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Kho bagaimanapun membayar denda itu.


Dia dituduh mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM4,000 dan maksimum RM10,000 dan boleh juga dihukum penjara 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Hashimah Hashim memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Harjeet Singh memohon mahkamah memberi hukuman paling ringan ke atas anak guamnya dengan mengambil kira tertuduh telah mengaku bersalah dan dia juga memberi kerjasama kepada polis semasa siasatan kes itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori