MUNGKIN ramai yang terlupa pelakon Didie Alias dan Amyza Aznan pernah berselisih faham gara-gara isu bomoh dan santau suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, perkara tersebut telah diselesaikan dan mereka juga berusaha untuk berbaik-baik selepas itu.
Tapi, kadang-kadang mulut saja menyebut maaf, dalam hati mungkin masih terluka.
Menerusi tulisan Cik Pang dalam Harian Metro, ada sumber terdekat yang memberitahu Didie dan Amyza kini sudah putus sahabat.
Alkisahnya, Didie merasakan pelakon itu gemar menjaja cerita buruknya pada teman artis yang lain.
Dia juga terasa hati apabila Amyza mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya, Ridzuan Hashim apabila anak sulungnya mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian sedangkan dia yang membesarkan anak-anak mereka hingga berjaya.
Tambah sumber itu lagi, Didie sebenarnya tidak kisah jika Amyza tidak mahu bersahabat dengannya, tetapi dia terkilan kerana pelakon itu berdendam sehingga menghasut orang lain.
Hmm, kalau betullah apa yang disampaikan oleh sumber itu, memang rumitlah masalah ini.
Apapun, kami harap agar kedua-duanya dapat berbaik seperti dulu.
Kenanglah semula saat-saat indah bersahabat. Lagipun, industri hiburan tanahair kecil saja, pusing-pusing bertemu juga.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC