Berita baik kepada penggemar masakan India dan Arab, restoran D’Tandoor menawarkan potongan diskaun 57 % bagi semua rangkaian makanan di cawangan terbarunya yang terletak di Ayer @8, Precint 8, Putrajaya.
Pengasas merangkap Pengarah Urusan D’Tandoor Food Industries Sdn Bhd, Datuk Abdul Malik Abdullah berkata, diskaun selama dua minggu itu diadakan sempena Hari Kemerdekaan ke 57 dan ditawarkan sehingga sambutan Hari Malaysia, 16 September 2014.
Antara menu yang ditawarkan adalah 25 jenis roti nan, nasi arab, nasi beriyani gam serta pelbagai jenis masakan dan pemanis mulut dengan harga bermula dari RM 18 sehingga RM33.
Selain itu, Abdul Malik berkata, hidangan istimewa restorannya adalah “Raan Sikandri” iaitu peha kambing yang diperap dengan rempah istimewa sehari sebelum dipanggang. Ia ditawarkan dengan harga RM 139 dan boleh nikmati sehingga enam orang.
“D’Tandoor juga merancang untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran di sekitar Putrajaya bagi memudahkan pelanggan kami tetap menikmati masakan D’Tandoor walaupun mengalami kekangan masa,” katanya pada majlis pembukaan rangkaian barunya itu siang tadi.
Rangkaian restoran D’Tandoor beroperasi di 17 cawangan termasuk di luar negara iaitu Australia, New Zealand, Arab Saudi dan Kemboja.:- MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA
http://www.youtube.com/watch?v=XsV0CKHg674