Saturday, January 4, 2025

Creating liberating content

GAMBAR: Lelaki Ditemui Gantung...

Seorang lelaki warga asing ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok dengan tali terjerut...

Khairy Yakin PM Akan...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar yakin Perdana Menteri, Datuk Seri...

Jemput Izreen, Sheila Rusly...

PENERBIT drama Sheila Rusly menerima kecaman teruk daripada netizen gara-gara menjemput pelakon, Izreen...

Bola Sepak Malaysia ‘Bersih’...

SINGAPURA - "Pada masa ini, saya berpendapat bola sepak Malaysia berada di landasan...

Dua Sahabat Didakwa Peras Ugut Di Pulau Pinang

BALIK PULAU – Dua sahabat didakwa di mahkamah majistret di sini atas pertuduhan melakukan pemerasan dan mendatangkan ketakutan terhadap seorang pengurus kilang bulan lalu.

Muhammad Khairi Ang Abdullah, 55, dan Lee Tak Wei, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail.

Kedua-dua mereka didakwa secara sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Yeap Hua Kooi, 53, supaya menyerahkan wang RM3,300 di sebuah kilang di Bayan Lepas kira-kira jam 11.40 malam pada 29 Ogos yang lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Muhammad Khairi yang bekerja sebagai pengumpul besi buruk merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan menghidapi sakit kepala selepas mengalami kemalangan.


Tak Wei yang tidak bekerja dan masih belum berumah tangga juga membuat rayuan sama atas alasan perlu menyara keluarga.

Muhammad Najib membenarkan mereka diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes disebut semula pada 21 Oktober.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Edward Chan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori