Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Hilang Ditemui Terapung...

Miri - Mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemui terapung di Pangkalan Feri Baru,...

Warga Emas Ditemui Rentung...

Lawas - Seorang wanita warga emas ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah...

Wanita Tawar Seks Kepada...

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan berusia 51 tahun didenda RM4,000 atau empat...

Neymar Dalam Radar Skuad...

SAO PAULO (Brazil) - Bintang Barcelona, Neymar akan disenarai sebagai salah seorang daripada...

Duit 10 Sen Pun Jihan Muse Berkira?

BIAR betul pelawak wanita popular Jihan Muse ni memang sangat-sangat kedekut sampaikan 10 sen pun dia berkira?

Oh rupa-rupanya itu kisah cerita Jihan zaman dulu-dulu seperti mana yang diimbas kembali oleh abang kandungnya, Wahiduzzaman, 32, memetik laporan Harian Metro.

Menurut Wahiduzzaman, adiknya memang seorang yang sangat cekap dan pandai dalam soal mencari duit dan berkata mereka selalu tidak sebulu atau sependapat dalam perkara membabitkan wang.

“Saya akui Jihan memang cekap dan pandai dalam soal mencari duit. Justeru, tak hairan apabila dia sangat berhati-hati ketika berbelanja dan hanya membeli apa yang dirasakan perlu.

“Sikapnya itu agak berbeza dengan saya yang berbelanja untuk kepuasan diri. Apapun, saya masih ingat kisah kami ketika zaman persekolahan dulu.


“Jihan sangat berkira soal duit dengan saya walaupun 10 sen. Sikapnya itu membuatkan saya menganggap dia (Jihan) seorang yang kedekut dan menjengkelkan,” katanya.

Hai, memang betul-betul berjimat Jihan ni, baguslah macam tu, dalam bidang seni ni tak selamanya nama seseorang itu akan berada di puncak, sampai satu masa nanti nama dah tak jadi sebutan ramai.

Dari sekaranglah artis-artis ni harus buat simpanan agar kehidupan di masa hadapan lebih terjamin. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: AUDREY LEE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori