Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Wanita Perlu Berani Untuk...

SEPANG - Kemampuan dan kesungguhan seseorang wanita yang berusaha menjadi seorang juruterbang, tidak...

Ronaldo Hero Real Madrid...

CRISTIANO Ronaldo memastikan Real Madrid menjadi pasukan pertama mempertahankan trofi Piala Kelab Dunia...

Tiada Sebab Layan Tuntutan...

KOTA KINABALU - Berunding dengan Filipina mengenai tuntutan ke atas negeri Sabah bermakna...

Bakal Sambut Anak Lelaki...

PENYANYI Adira Suhaimi bakal menimang cahaya mata lelaki pada awal bulan hadapan. Adira, 27,...

Ebola Berisiko Jangkiti Ratusan Ribu Orang

ATLANTA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menggesa masyarakat dunia supaya bertindak memerangi wabak demam Ebola yang melanda Afrika Barat.

Pada masa yang sama, beliau yang berucap di Atlanta, memberi amaran epidemik itu ‘di luar jangkaan’ dan kini ‘merebak di luar kawalan’.

Berucap mengumumkan rancangan AS untuk mengerahkan seramai 3,000 kakitangan tentera ke Afrika Barat bagi memerangi virus maut itu, Obama berkata, wabak Ebola merebak dan meningkat dengan begitu pantas..

“Inilah yang sebenarnya berlaku di Afrika Barat, Ebola menjadi epidemik yang belum pernah kita lihat sebelum ini.

“Hari ini, beribu-ribu orang di Afrika Barat menghidap demam Ebola. Bilangan itu akan meningkat dengan cepat kepada puluhan ribu pesakit.

“Jika wabak ini gagal ditangani segera, kita akan melihat beratus-ratus ribu orang dijangkiti virus Ebola yang boleh mendatangkan impak negatif untuk kita semua dari sudut politik, ekonomi dan keselamatan ,” tambah Obama.


Wabak Ebola telah membunuh lebih 2,400 orang di Guinea, Liberia, Nigeria dan Sierra Leone pada tahun ini.

Virus maut itu boleh menyebabkan kematian dalam tempoh hanya beberapa hari.

Pesakit Ebola akan mengalami demam teruk, sakit otot, lemah, muntah dan cirit-birit diikuti pendarahan organ yang boleh membawa maut.

Setakat ini, masih belum ada rawatan dan vaksin berdaftar yang dapat mengubati Ebola. – AFP

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ebola

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori