Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Siapa Suka Sangat ‘Online’...

Jangan kata orang lain, diri sendiri pun kadang-kadang tak boleh menahan tangan daripada...

27 Maut Kemalangan Bas...

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan 16 lagi cedera apabila sebuah bas...

Video: Lelaki Cuba Curi...

NASIB malang yang menimpa ke atas seekor harimau yang dilanggar di Lebuh Raya...

Lelaki Gergaji Jari, Tuntut...

DEMI menuntut pembelaan terhadap isterinya yang didakwa dirogol oleh polis di dalam lokap,...

Ebola: Kes ‘Disyaki’ Pertama Dikesan Di Australia

CANBERRA – Seorang lelaki terpaksa dipisahkan dan menjalani pelbagai ujian selepas disyaki menghidap penyakit Ebola, sekali gus kes pertama di Australia.

Walaupun besar kemungkinan lelaki berusia 25 tahun itu tidak menghidap penyakit berbahaya itu, pihak hospital di sini tetap mengambil langkah berjaga-jaga.

Media tempatan melaporkan, lelaki itu sakit selepas pulang dari Republik Demokratik Congo dan dipindahkan ke sini dari Hospital Universiti Gold Coast di Queensland.

Jurucakap hospital dan Perkhidmatan Kesihatan, Amanda Noonan berkata, diagnosis positif ‘besar kemungkinan’ tidak ada tetapi rawatan yang diberi ketika ini sebagai kes Ebola yang disyaki.

Lebih 2,200 kematian di sekitar Afrika Barat dikatakan berpunca daripada Ebola, iaitu penularan wabak paling dahsyat dalam sejarah penyakit itu.

Sementara itu, di Geneva, dilaporkan angka kematian akibat wabak Ebola melonjak hampir 200 sehari kepada sekurang-kurangnya 2,296 mangsa, menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Sejumlah 4,293 jangkitan Ebola direkodkan di lima negara Afrika Barat sehingga 6 September lalu, kecuali Liberia yang juga negara paling teruk diserang virus Ebola.

Pertubuhan itu juga menjangkakan ribuan kes baharu Ebola akan berlaku di Liberia dalam beberapa minggu lagi, sekali gus menimbulkan kKebimbangan Presidennya, Ellen Johnson Sirleaf.

Selain itu, Menteri Pertahanan Liberia, Brownie Samukai ketika memaklumkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggap Ebola boleh mengakibatkan negara itu lumpuh.

Wabak Ebola yang bermula pada Disember tahun lalu kian meruncing. Antara simptom jangkitan Ebola termasuk demam panas, muntah dan cirit-birit diikuti pendarahan organ yang membawa kepada kematian. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori