JIKA sebelum ini penjual sering dikaitkan sebagai penipu, namun trend itu telah bertukar apabila pembeli pula dikesan menipu di laman web jualan barangan dalam talian.
Dengan pengikut yang ramai, tanpa disedari bukan semuanya adalah peminat kepada barangan jualan, sebaliknya sang penipu yang berlegar-legar di alam maya mencari mangsa.
Menurut seorang usahawan online, Fairul Hafizi, 25 pengasas kepada jenama The Geroboc, beliau pernah ditipu beberapa kali oleh ‘pelanggannya’.
“Setiap kali kami membuat tempahan bagi produk baru, pesanan yang diterima mencecah sehingga 400 ke 500 mesej sehari. Ini menyebabkan kami tidak sempat memeriksa satu persatu transaksi pembayaran.
“Kerana ingin memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan dengan menghantar produk secepat mungkin, kami kadangkala hanya bersandarkan salinan bukti transaksi yang dikirim melalui khidmat Wassapp sebagai bukti pembayaran,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.
Menurut Fizi, sebelum ini dia pernah diperdaya dengan transaksi sebanyak RM300 dan hanya menyedari ditipu selepas penghantaran dilakukan.
“Lebih mengejutkan baru-baru ini sya menerima pesanan dari suspek yang sama dengan membuat tempahan lebih banyak. Mereka memang berani untu terus menipu. Namun, selepas ini saya tidak teragak-agak membuat laporan polis untuk mengajar mereka,” katanya.
Bagi Ashhry, pengasas jenama AshhAnnas, taktik yang diterima lain pula. Suspek mendakwa membuat  lebihan pembayaran.
Peringatan AshhAnnas kepada peniaga online agar tidak menjadi mangsa penipuan
“Ketika kami melancarkan koleksi Kate Dress , suspek mendakwa membuat bayaran RM900. Dakwanya kami hanya menghantar pesanan bagi belian RM600 dan meminta kami ‘memulangkan semula’ wang lebihan itu.
“Selepas itu, suspek membuat pesanan lain bagi koleksi skirt bernilai RM620 dan siap berpesan pada kami supaya lebih teliti dengan pesanan kali ini.
“Namun, setelah diperiksa suspek menipu kami dengan salinan transaksi pembayaran palsu. Jumlah sebanyak RM620 tidak kami terima, tetapi barang telah diposkan. Lebih malang lagi, beberapa rakan peniaga online juga turut menerima nasib ditipu suspek yang sama,” katanya yang menasihatkan rakan-rakan online untuk lebih berhati-hati ketika menjalankan urusan perniagaan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, ACP Izany Abdul Ghani berkata, pihaknya meminta mangsa membuat laporan polis bagi siasatan dilakukan.
ACP Izany Abd Ghani, Ketua JSJ Komersil Kuala LumpurÂÂ
“Tanggapan sesetegah pihak mengatakan pihak polis tidak membuka kertas siasatan bagi kes seperti ini adalah silap. Setiap laporan yang dibuat akan disiasat namun mungkin memakan masa kerana suspek sering menggunakan akaun pihak ketiga.
“Walau sesukar manapun untuk mengesan suspek, ia bukan masalah bagi kami. Kami memberi amaran, jika didapati bersalah, suspek boleh dipenjarakan maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda di bawah akta Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada MyNewsHub.
Oleh: CRIME BUSTERZ