Kota Kinabalu – Polis menahan enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 13 tahun selepas dipercayai terbabit dengan beberapa insiden curi motosikal di sini, baru-baru ini.
Semua suspek berusia 13 hingga 35 tahun itu ditahan sejak Ahad lalu sehingga semalam di beberapa lokasi berbeza di daerah ini.
Turut ditemui enam motosikal jenis EX5 yang menggunakan nombor pendaftaran palsu selain satu kerangka motosikal.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Superintendan M Chandra semua motosikal yang dirampas itu pernah dilaporkan hilang di sekitar Kota Kinabalu dan Ranau.
Menurut Chandra semua motosikal yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM31,000. – myMetro Online