Thursday, November 7, 2024

Creating liberating content

Tol: Kerajaan Kaji Alternatif...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji alternatif terbaik bagi mengurangkan beban rakyat berhubung...

PAS Khianati Pengundi Bukan...

KUALA LUMPUR - PAS tidak perlu tunggu selama 50 tahun untuk menang di...

Lagi Serangan Berdarah Militan...

LONDON - Selepas serangan berdarah di Manchester, polis Britain dikerahkan ke Jambatan London...

‘Kerana Darurat Era Muhyiddin,...

Bekas perdana menteri Najib Razak memberi amaran bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara yang...

EPL: Kami Tidak Bernasib Baik – Rodgers

LONDON – Brendan Rodgers menyifatkan Liverpool kembali meraih prestasi terbaik sekalipun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan tetangga Merseyside menentang Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Kapten Liverpool, Steven Gerrard meledak gol ke-10 miliknya dalam 32 pertemuan menentang Everton selepas lebih sejam perlawanan yang berlangsung di Anfield.

Begitupun, kapten Everton, Phil Jagielka kembali menyamakan kedudukan apabila meledak pada masa kecederaan bagi memastikan pertembungan kali ke-223 musuh tradisi itu berakhir dengan keputusan seri.

Liverpool yang muncul naib juara liga musim lalu hanya mencatat dua kemenangan dalam enam perlawanan EPL musim ini namun Rodgers menegaskan anak buahnya hanya tidak bernasib baik dalam perlawanan itu.

“Jelas kami tidak mendapat apa yang sepatutnya kami dapat. Kami adalah pasukan yang lebih baik. Apabila kamu melepaskan gol seperti itu, ia menunjukkan nasib tidak memihak kami,” kata Rodgers.


“Namun saya dapat rasakan kekuatan kami sudah kembali kepada tahap yang sepatutnya seperti yang pernah kami lalui dalam tempoh 19 bulan. Secara taktikal, saya fikir kami amat bagus dalam perlawanan ini.

“Kami bertahan dengan baik. Kami mendahului, kami juga sepatutnya mendapat dua lagi (gol) dan sepatutnya memperoleh penalti. Mengecewakan untuk sekadar mendapat satu mata namun saya fikir, daripada sudut prestasi, saya dengan jelas dapat melihat kami berada pada tahap yang pernah kami ada sebelum ini.

“Saya tidak pernah merasa terancam dalam permainan. Saya merasa kami cukup tersusun dengan tumpuan yang baik dan apabila kami mendapat bola, kami menghasilkan ancaman yang benar,” katanya.

Dalam pada itu, pengurus Everton, Roberto Martinez menegaskan gol yang disumbang pemain England, Jagielka adalah ganjaran buat kaptennya yang sering menjadi subjek kritikan. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • EPL

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori