Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tony Fernandes Dinamakan ‘Pembina...

KUALA LUMPUR - Kejayaan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes...

i-Sinar: Ada Tarik Nafas...

KUALA LUMPUR - Suri rumah, pemandu bas sekolah, kru filem dan pekerja hotel kini...

Lebih 5,000 Hadir Ke...

PUTRAJAYA - Lebih 5,000 pekerja terdiri daripada sektor perkhidmatan awam dan swasta hadir...

PKP Fasa Kedua Tempoh...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua bermula hari...

EPL: Manchester United Garang Benam QPR

MANCHESTER – Pengurus baru Manchester United, Louis van Gaal akhirnya menguntum senyuman selepas skuad bimbingannya merakam kemenangan pertama dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan QPR 4-0 di Old Trafford, sebentar tadi.

Tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan awal liga, United yang kian terdesak membuka tirai jaringan pada minit ke-24 menerusi bintang Argentina, Angel di Maria yang mahu membuktikan pembeliannya berbaloi.

Gol pertama dijaringkan itu terhasil menerusi sepakan percuma cantik Di Maria yang tepat ke kanan gawang QPR selepas seorang lagi pemain baru United, Ander Herrera dikasari Clint Hill.

Tanpa memberi peluang kepada QPR untuk bangkit, United kemudian menambah gol kedua pada minit ke-36 kali ini menerusi Herrera yang dibantu hantaran menarik kapten, Wayne Rooney.

Rooney kemudian meletak namanya selaku penjaring apabila meledak gol ketiga United ketika babak pertama perlawanan berbaki seminit hasil hantaran menarik Di Maria.


Dan bekas pemain Chelsea, Juan Mata melengkapkan gol keempat United pada minit ke-58 menerusi satu rembatan cantik ke tengah gawang QPR juga selepas mendapat hantaran Di Maria.

Perlawanan tambah rancak dengan QPR memperkemas jentera pertahanan yang menyaksikan tiada jaringan tambahan berjaya dijaringkan United sekalipun memasukkan penyerang barunya, Radamel Falcao sebagai pemain gantian.

Keputusan perlawanan

– Manchester United 4 Queens Park Rangers 0
Gol: Angel Di Mara (m24) Ander Herrera (m36) Wayne Rooney (m44) Juan Mata (m58) – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori