Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

WHO Gesa Laksana Kembali...

GENEVA, SWITZERLAND  – Ke­tua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus...

Kumar Tekad Bangkit Lebih...

KUALA LUMPUR – Penjaga gol skuad hoki negara, S. Kumar yang bebas daripada...

MyOrganic Galak Penerimaan Terhadap...

PUTRAJAYA - Pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM) yang dilancarkan pada 2003 dijenamakan semula...

Kenyataan ‘Bangsa Malaysia’ Guan...

TIDAK sampai 100 hari mentadbir negara, kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) sudah dilihat...

EPL: Saya Memang Patut Dapat Kad Merah – Rooney

MANCHESTER – Wayne Rooney mengakui dia sememangnya patut diarah keluar padang ketika kemenangan 2-1 Manchester United ke atas West Ham United, kelmarin yang menambah jumlah kad merahnya kepada enam sepanjang kariernya.

Insiden kekasaran ke atas pemain Hammers, Stewart Downing, sekali lagi meletakkan Rooney yang dilantik sebagai kapten United oleh Louis van Gaal di Old Trafford musim ini dalam perhatian.

Lebih memalukan, insiden itu hadir hanya beberapa jam sebelum penyerang England itu menyambut tempoh sedekadnya bersama United.

“Saya tahu kali ini saya tersalah perkiraan,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

“Ia adalah kad merah dan saya tidak fikir saya akan memberi manfaat kepada sesiapapun untuk membuat rayuan mengenai keputusan itu. Ia mungkin keputusan yang baik.

“Saya melihat pemain West Ham melakukan serangan balas dan saya cuba untuk mematahkan gerakan itu namun perkiraan saya salah.

“Saya tahu semua orang tahu (melakukan kesilapan), jadi saya hanya bersyukur rakan sepasukan saya mampu bertahan,” katanya.

Kad merah pertama Rooney bersama United hadir pada lima setengah tahun lalu.


Dan tindakannya kali ini memaksa Rooney terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang bekas kelabnya, Everton, Chelsea dan West Brom akibat penggantungan.

Begitupun, Rooney berkata, dia hanya meminta maaf kepada rakan sepasukannya namun bukan Downing.

“Tidak. Saya bukan sengaja menendangnya,” kata Rooney. “Saya hanya cuba untuk menyekatnya namun untuk berlaku adil kepadanya, dia berjaya menjarakkan diri daripada saya dan kerana itu kaki saya nampak lebih lurus daripada yang sepatutnya.

“Ketika dia mahu melarikan bola, kaki saya dalam keadaan lurus dan ia jelas mengapa pengadil memberikan kad merah,” katanya.

Rooney yang meledak gol pertama United pada perlawanan itu begitupun masih boleh beraksi pada aksi kelayakan Euro 2016 menentang San Marino dan Estonia, bulan depan.

Begitupun, kapten England itu hanya boleh beraksi bersama United sehingga penghujung November ketika menentang musuh tetangga, Manchester City.

“Ia perkara paling mengecewakan. Saya amat kecewa selepas saya akan terlepas tiga perlawanan. Ia sukar untuk diterima. Namun perlawanan untuk England sedikit membantu dan latihan juga baik.” – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori