Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

1MDB: Ahmad Said Beri...

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selesai memberi keterangan...

Selepas Restoran, Sharifah Shahira...

PENGACARA dan pelakon Sharifah Shahira atau Shira mengembangkan lagi empayar perniagaan yang diusahakannya...

Johor Ada Hak Untuk...

JOHOR BAHRU -Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa pandangannya mungkin...

Nasib Malang Dua Tahun...

Huauyan, Peru - Seorang lelaki dilayan seperti ‘banduan’ oleh isterinya sendiri selepas dirantai...

Erin Malek Dan Tunang ‘Terlebih Romantik’ Di Khalayak Ramai?

SEMAKIN dekat tarikh perkahwinan mereka, semakin banyak pula cerita yang kurang enak didengar mengenai pelakon Erin Malek dan tunangnya, Farriz Fauzy.

Baru-baru ini, muncul gosip menerusi sebuah ruangan pojok yang mendakwa pasangan yang bakal bernikah pada 9 Oktober depan itu berkelakuan ‘terlebih mesra’ sewaktu acara Matta Fair sehingga mengundang rasa tidak selesa di kalangan orang yang memandangnya.

Kata penulis itu, apabila ditegur, makin menjadi-jadi pula romantik mereka.

Bagaimanapun, menerusi laporan mStar Online, Erin menafikan sama-sekali dakwaan tersebut.

“Kami seperti pasangan bercinta yang lain sahaja, cuma mungkin mereka bukan selebriti jadi tidak diberi perhatian, lagipun apa salahnya saya manja dengan tunang saya.

“Bila dah dekat-dekat dengan tarikh kahwin ini ada-ada sahaja cerita buruk yang keluar dan saya anggap ia dugaan sahaja.

“Mana mungkin saya buat tidak tahu sahaja kepada orang yang menegur saya, terutama orang yang saya kenal. Mungkin saya tidak dengar ketika itu.


“Situasi di Matta Fair tempoh hari terlalu ramai orang, sehingga hendak jalan pun susah,” jelasnya.

Tak mengapalah Erin, tinggal beberapa minggu lagi nak kahwin kan?

Waktu itu nak ‘mengeletis’ bagai, tak ada siapa akan persoalkan, tak gitu?

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori