Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Puluhan Mayat Ditemui Di...

VERACRUZ - Puluhan mayat manusia ditemui di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV),...

Video Sebut ‘Bloody Indian’...

NAMPAKNYA kisah pergeseran hubungan membabitkan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dengan pemimpin lain...

India Pertahan Gelaran Piala...

JOHOR BAHRU - India menewaskan Britain 2-1 untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Sultan...

Pelepasan Akaun Najib Kerana...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menjelaskan pelepasan pembekuan akaun...

Ervin Boban Kembali Ke Johor – Latih JDT3

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memanggil kembali empat legenda bola sepak negeri itu untuk memantapkan pembangunan bola sepak Johor.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, empat bekas pemain bola sepak Johor terbabit ialah Ervin Boban, Salehan Md. Som, Roslan Abdul Hamid dan Sani Fahmi.

“PBNJ mengalu-alukan kehadiran legenda bola sepak Johor ini untuk turut serta menyertai barisan pengemudi.

“Empat nama besar ini diberi tanggungjawab membarisi kejurulatihan Piala Presiden (Johor) dan skuad JDT3 yang akan dibentuk tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook Johor Southern Tigers.


Tunku Ismail berkata, PBNJ yakin keempat-empat legenda bola sepak Johor itu dapat membangunkan bola sepak tempatan.

Ia berikutan Boban, Salehan, Roslan dan Sani mempunyai mentaliti untuk menang dan pengetahuan untuk melengkapkan pasukan teknikal sedia ada.

“ Boban dan Salehan sering meresahkan benteng pertahanan lawan untuk Pasukan Juara Berganda 1991 manakala Roslan sentiasa memastikan benteng pertahanan teguh disamping Sani sentiasa mempamerkan permainan kemas selaku penjaga gol,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori