Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut Dilibas Parang...

SEORANG remaja berusia 17 tahun mati dalam keadaan mengerikan apabila ditetak menggunakan parang...

Harga Perawan RM16,000 Kerana...

Shanghai - Seorang wanita yang menyaman seorang lelaki kerana ‘mencabuli haknya terhadap keperawanan’...

Hanya Kerana Berbaju Kurung,...

Hanya bersandarkan alasan melanggar etika berpakaian kerana mengenakan baju kurung, seorang bapa mendakwa,...

BN Mahu Tingkat Majoriti...

BENTONG - Barisan Nasional (BN) Pahang akan memperhebatkan gerak kerja jentera parti bagi...

EURO 2016: Itali Selesa Atasi Norway

OSLO – Itali menewaskan Norway 2-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan H, kelayakan Euro 2016, pagi ini ketika jurulatih baharu, Antonio Conte melebarkan rententan kemenangannya.

Simone Zaza menyumbat gol antarabangsa yang pertama pada minit ke-16 dengan skuad bergelar Azzurri itu nampak seperti mula terasa tanpa kelibat penyerang kontroversi, Mario Balotelli yang digantung perlawanan.

Leonardo Bonucci menggandakan jaringan Itali pada minit ke-60. Zaza juga terlepas peluang selepas rembatannya terkena palang dan satu lagi diselamatkan atas garisan.

Dalam perlawanan lain kumpulan sama, Bulgaria menewaskan Azerbaijan 2-1 manakala Croatia mengalahkan Malta 2-0.

Ini adalah perlawanan kompetitif pertama untuk Conte selepas membimbing pasukan menewaskan Belanda 2-1 dalam satu aksi persahabatan, minggu lalu.


Conte menggantikan Cesare Prandelli yang meletakkan jawatan sejurus selepas Itali tersingkir pada pusingan pertama, Piala Dunia 2014 di Brazail.

Dalam perlawanan lain, satu gol masing-masing pada babak kedua oleh Luka Modric dan Andrej Kramaric membantu Croatia mengatasi Malta 2-0.

Dua pasukan teratas kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori