Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Disangka Mati, Mangsa Kemalangan...

BANGKOK – Seorang lelaki yang cedera dalam kemalangan motosikal terselamat meskipun selepas enam...

Hairul Ditegur Sengaja Buat...

PELAKON Hairul Azreen ditegur apabila sengaja mengundang rasa sedih isterinya, Hanis Zalikha dengan...

Gempar! Cebisan Al-Quran Bertaburan...

CEBISAN kertas ayat suci al-Quran ditemui bertaburan di atas jalan raya dari Yong...

Remaja Jerman 3 Tahun...

BERLIN - Seorang remaja memiliki kuku sepanjang 14.8 sentimeter selepas tidak memotongnya sejak...

Fama Sasar 1,000 Pasar Komuniti & karavan Dalam 3 Tahun

ALOR SETAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyasarkan 1,000 Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) diwujudkan di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun bagi membantu meningkatkan hasil jualan peniaga pasar tani.

Pengerusinya Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata Fama ingin meningkatkan lagi penglibatan usahawan dalam perniagaan karavan pasar tani untuk menawarkan tempat yang lebih selesa kepada peniaga yang sebelum ini menggunakan khemah kanopi untuk menjalankan perniagaan.

“Dulu kita gunakan payung sebelum ia ditukarkan kepada khemah kanopi. Tetapi dengan peredaraan masa kita mahu tukarkan khemah ini kepada karavan kerana dengan adanya karavan ini, peniaga boleh menjalankan perniagaan mereka di mana-mana pasar tani di bawah seliaan Fama.

“Kita akan tukar karavan ini secara berperingkat dan kita beri tumpuan kepada generasi belia dan pertengahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pasar Tani Khas Hari Kemerdekaan di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Agrobank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) akan membantu memberi pinjaman kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan menggunakan karavan.


“Pihak Tekun akan memberi pinjaman sebanyak RM100,000 kepada peniaga untuk menukarkan karavan selain modal pusingan untuk membesarkan perniagaan. Harga sebuah karavan dianggar berharga antara RM60,000 dan RM100,000 seunit.

“Tetapi sekiranya peniaga mahu menggunakan karavan yang lama, Fama akan memberikan bantuan dari segi mengecat dan menghias van tersebut. Peniaga boleh pergi ke pejabat Fama untuk memohon karavan dan tempoh pemohonan akan selesai dalam tempoh tiga bulan sahaja,” kata Badruddin.

Sementara itu, beliau berkata Fama menyasarkan 1,000 pasar tani akan wujud di seluruh negara menjelang 2020 dan sehingga kini sebanyak 548 pasar tani berjaya diwujudkan di seluruh negara.

Katanya bagi mencapai sasaran 1,000 pasar tani itu, pihak Fama akan bekerja keras dalam tempoh enam tahun akan datang bagi merealisasikan hasrat tersebut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori