Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Tahfiz, Pondok Perlu Utamakan...

KOTA BHARU - Pusat pengajian agama sama ada sekolah tahfiz atau sekolah pondok...

PTPTN Akan Atasi Rungutan...

LENGGONG - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengumumkan mekanisme bagi mengatasi...

Tips Selamat Elak Ditipu...

APABILA semakin ramai usahawan baharu yang tumbuh bak cendawan, maka makin ramailah pemborong...

NGO Kesal Selangor Majukan...

SHAH ALAM - Pembinaan lebuh raya East Klang Valley Expressway (EKVE), Sungai Besi-Ulu Kelang...

Gadis Sudah Meninggal Dunia ‘Selamatkan’ Enam Nyawa

TERNYATA kematian seorang remaja perempuan akibat pendarahan otak tidak sia-sia apabila dia ‘menyelamatkan’ enam nyawa selepas itu.

Emma Witty, 19, yang juga seorang jurufoto meninggal dunia selepas pengsan di kediamannya di Leeds, Jun tahun lalu.

Biarpun kecewa, keluarganya memberi kebenaran kepada doktor untuk mengambil beberapa organnya untuk didermakan kepada pesakit yang memerlukan.

Jantung Emma telah diberikan kepada seorang wanita muda berusia 20-an; pankreas dan salah satu buah pinggangnya diterima oleh seorang lelaki 50-an; paru-paru dan sebelah lagi buah pinggangnya diserahkan kepada lelaki berusia 60-an.

Selain itu, hatinya turut memberi manfaat kepada dua pesakit iaitu seorang lelaki dan seorang bayi perempuan.

Kornea matanya juga telah didermakan kepada pesakit lain.

“Memang sukar menghadapinya, tetapi ia juga memberikan saya ketenangan apabila dia menyelamatkan begitu banyak nyawa. Matanya masih melihat dan jantungnya masih berdegup di luar sana,” ujar ibunya, Catherine Gregson.

Gadis Sudah Meninggal Dunia 'Selamatkan' Enam Nyawa


Catherine Gregson

Sementara itu, teman lelakinya Oli Dobson berkata, ketika ibu bapa Emma bertanyakan pendapatnya mengenai pendermaan organ, dia terus bersetuju.

“Pastinya dia mahu. Dia akan sedaya-upaya membantu orang lain kerana itulah karakternya,” katanya.

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

(Sumber: Daily Mail)

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori