KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berharap semua persatuan dan kelab bola sepak negara ini dapat mengadakan rundingan bagi memastikan sistem pengambilan pemain di negara ini lebih terkawal dan saksama.
Beliau mendakwa, sesetengah pasukan bola sepak di negara ini berbelanja tanpa menghiraukan aspek persaingan kewangan secara adil menyebabkan ada pemain tempatan mula membuat tuntutan gaji melebihi gaji pemain import.
“Semua (meminta gaji) RM40,50,60,70 sebulan dan tak terkawal lagi. Bagus bergaji mahal tetapi lonjakan ini bakal mematikan bola sepak Malaysia apabila perebutan pemain merujuk kepada kos mengatasi hasil,†katanya melalui laman Facebook beliau.
Annuar berkata, perkara itu perlu diperbincang untuk mengelak nasib yang menimpa pasukan bekas juara seperti Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang kehilangan gah apabila pemain mereka berhijrah kerana mendapat tawaran besar daripada pasukan lain.
“Bagi saya sudah sampai masanya semua majikan, pasukan duduk semeja dan murnikan sistem `employment’ supaya lebih terkawal dan saksama,†katanya. – mynewshub.cc