Enjoy the benefits of exclusive reading

Looking for something?

KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.

“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.


Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.

Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.

Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.

Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA

Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

4,071 Kes Covid-19, Lapan...

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan jumlah sebanyak 4,071 kes...

Mahkamah Arah Zahid Bela...

Ahmad Zahid Hamidi perlu membela diri dalam 47 pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT),...

Liga FAM: Felcra FC-UM...

KUALA LUMPUR - Pasukan bola sepak Felcra FC meneruskan kerjasamanya dengan Pusat Sukan...

4 Mayat Dipercayai Kru...

MUAR - Satu mayat wanita dan dua mayat lelaki dipercayai kru kapal korek...

GAMBAR: Aksi Romantis Pasangan Kekasih “Rindu Awak 200 Kilo”

Kami faham sesetengah orang memang suka berkongsi kebahagiaan hidup mereka bersama insan tersayang dengan orang lain menerusi perkongsian gambar di laman sosial.

Biasa yang teruja sangat nak tunjuk pada dunia cinta agung mereka ni sama ada budak-budak baru nak up, tak pun jenis yang terlalu excited sebab tak pernah merasa ada buah hati sebelum ini kot.

Kalau tidak, kami pasti takkan ada manusia tergamak berkongsi gambar romantik seperti ini.

Bak kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul…

beratnanang1


Melihat pada tarikh gambar diambil kemungkinan besar ia kesan drama bersiri Rindu Awak 200 Peratus yang sedang ditayangkan tapi malangnya rata-rata pengomen menyifatkan gambar pasangan ini sebagai ‘Rindu Awak 200 Kilo’.

Nota buat kedua-dua pasangan ini:

Sesetengah gambar pasangan kekasih beraksi romantik dengan berdukung bagai macam ini terutama dalam filem atau drama  memang boleh membuatkan yang melihat rasa cemburu nak macam itu juga tapi kalau macam anda lakukan, ia lebih mengundang rasa nak tampar orang. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Seksi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori