Kita sedia maklum, aktres Filipina boleh dikatakan antara pelakon wanita paling daring dan seksi apabila tampil dalam drama dan filem.
Justeru apabila berlangsung majlis gilang gemilang untuk penggiat seni di sana pada Sabtu lepas, ia menjadi medan para aktres tampil dengan fesyen pakaian paling menarik dan menggiurkan.
Bagaimana pun seperti biasa dalam mana-mana acara besar pasti ada selebriti yang sangka mereka telah tampil dengan pakaian yang disangka paling anggun tapi hakikatnya pilu.
Maka mereka pun menjadi perhatian pada malam tersebut bukan kerana penampilan menarik tetapi sebagai calon selebriti berpakaian paling hodoh.
Kesimpulannya, acara Star Magic Ball ke-8 pada tahun ini menyaksikan pelakon yang juga penari, Kristel Moreno dinobatkan sebagai selebriti berpakaian paling buruk diikuti beberapa selebriti lain.
Rata-rata yang berkongsi gambar Kristel di laman sosial menggunakan hashtag #selfconfidence jadi pengajarannya di sini adalah; kalau badan berlipat sana sini jangan nak yakin diri pakai baju dedah sangatlah kot.. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC