JANGAN terkejut jika terlihat sekumpulan manusia bersukan sambil memakai sut aneh bak makhluk asing seperti gambar di atas.
Menerusi hasil carian di internet, kumpulan tersebut merupakan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sedang memakai Chemical Protection Suit (CPS) yang turut dilengkapi dengan Set Alat Pernafasan.
Mungkin ada yang menganggap ia sekadar hiburan bagi pasukan Bomba, namun ia sebenarnya mempunyai tujuan tersendiri iaitu melatih para anggota membiasakan diri memakai sut tersebut.
Sekurang-kurangnya dengan cara ini, tidaklah mereka berasa kekok apabila terpaksa menggunakan sut ini semasa bertugas.
Jom lihat gambar-gambar yang dikongsikan di Facebook rasmi mereka:
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC