Kes pembuangan bayi memang bukan cerita baru dan kejadian ini berlaku di merata tempat.
Buat pertama kali dalam sejarah Kampung Sg Batang, Selekoh, Perak seorang bayi ditemui ditinggalkan di kebun kelapa sawit yang terletak berhampiran Klinik Desa Kg Sg Batang.
Kemungkinan besar bayi ini terus ditinggalkan sebaik lahir kerana tali pusat dan uri ibunya turut berada bersama.
Meski pun bayi ini ditinggalkan di tempat yang diyakini pelakunya akan dilihat orang dan diselamatkan, ia tetap terdedah pada bahaya digigit semut atau digonggong anjing dan khinzir yang berkeliaran di kawasan tersebut.
Syukurlah, bayi ini masih dipelihara Allah dan sempat diselamatkan.
Semoga semua pihak mengambil pengajaran daripada kes pembuangan bayi yang kian berleluasa di negara ini dengan mengatasi punca utamanya iaitu pergaulan bebas.
- REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC