Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

45 Peniaga Kena Kompaun...

TEMERLOH - Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan...

Siapa Pemecah Belah Undi...

Banyak versi dan teori mengenai perpecahan undi Melayu pada PRU-15, tetapi rasanya pandangan...

Macau Buru Kemenangan Kedua...

KUCHING - Selepas menang 2-1 ke atas Mongolia semalam, jurulatih Macau, ‎Tam Iao...

10 Lelaki, Seorang Wanita...

ALOR SETAR - Sebanyak 10 lelaki dan seorang wanita ditahan polis bersama dadah...

GAMBAR: Kecoh ‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah!

Sudah adat sebarang perkara pelik yang boleh disaksikan ramai orang pasti menimbulkan kegemparan dan bermacam-macam sangkaan.

Begitulah berlaku apabila satu cahaya misteri muncul di langit Sabah hingga mengejutkan mereka yang terlihatnya.

cahaya misteri

cahaya misteri

Oleh sebab cahaya tersebut dapat dilihat sekitar 20 minit terdapat individu yang sempat mengambil gambar dan berkongsikannya di laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp hingga ia menjadi viral.

cahaya misteri

Muncul sekitar jam 10.30 malam, cahaya misteri tersebut dikatakan bergerak laju menuju Laut China Selatan sebelum lenyap dari pandangan.

cahaya misteri


Cahaya misteri itu juga dikatakan turut dilihat penduduk di Limbang, Sarawak.

Walaupun terdapat banyak andaian tentang fenomena ini, ada yang menganggap ia tidak pelik kerana sekadar biasan daripada terminal pelantar minyak apabila berlaku pembakaran gas.

cahaya misteri

Namun penjelasan ini tidak dapat dipastikan kesahihannya jadi jalan terbaik adalah menunggu komen daripada Jabatan Astronomi.

Apa pun, syukurlah setakat diketahui sekarang cahaya misteri ini tidak membawa sebarang impak mudarat kepada manusia sekitar. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori