MENERUSI Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, satu kejadian kebakaran dilaporkan berlaku di Kamar Operasi Pembangunan Sahsiah dan Displin, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Johor.
Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal daripada terus merebak oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat Pulai.
Berdasarkan maklumat, siasatan awal mendapati wujudnya perbuatan khianat dalam kejadian tersebut.
Bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang, pihak bomba telah memeriksa seluruh bangunan tersebut.
Persoalannya, adakah perbuatan khianat ini ada kaitannya dengan perihal disiplin pelajar?
Jika ya, individu yang terlibat perlu dikenakan hukuman berat kerana ia bukan sahaja melibatkan kerugian dari segi harta benda, tetapi juga mengancam nyawa para pendidik dan pelajar lain.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC