Berita dan gambar yang dikongsikan di sebuah laman sosial komuniti ini benar-benar mengerikan!
Seorang lelaki, Andre Ho kini dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan parah di tangan gara-gara terkena bom buatan sendiri.
Berdasarkan penerangan adik mangsa, Anson Ho, abangnya dan rakan-rakan dalam perjalanan pulang selepas makan lewat malam di Bukit Tinggi ketika melalui sebuah stesen minyak.
Tiba-tiba sebuah motosikal yang membawa pembonceng melempar satu objek ke arah cermin tingkap kereta mereka yang terbuka.
Tanpa mengetahui apakah objek tersebut abangnya menepis menggunakan tangan namun berlaku satu letupan kuat.
Walaupun tindakan abangnya menepis objek yang rupa-rupanya bom buatan sendiri itu berjaya menyelamatkan dua rakan lain sekiranya ia meletup dalam kereta namun kecederaan dialami di tangan abangnya nyata sangat parah hingga terbelah.
Diharapkan pihak berkuasa dapat mengheret pelaku kes ini ke muka pengadilan dengan segera kerana ia boleh menimbulkan ketakutan dalam masyarakat.  – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC