JIKA kanak-kanak lain gemar memilih tema kartun kegemaran sempena hari jadi mereka, Muhammad Imran Ahmad Izhan, 3, pula memilih tema ‘Bomba’.
Pendek kata, memang minat sungguh Imran dengan profesion yang mulia dan cukup mencabar seperti ini.
Lebih menarik, dia dan keluarganya turut menjemput anggota Bomba dan Penyelamat dari cawangan Ampang Jaya bagi memeriahkan lagi sambutan itu.
Hai, ‘sejuk hati’ pihak Bomba kalau semua orang menghargai usaha mereka dalam membantu masyarakat seperti keluarga  ini.
Jom lihat beberapa gambar sambutan hari jadi Imran yang dikongsikan menerusi Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC