KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Petaling dan Hulu Langat di Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara dari 1 hingga 2 Oktober ini.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred berkata, gangguan sementara itu ekoran kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air.
“Gangguan bekalan air dijangka berlaku di beberapa kawasan di Petaling dan Hulu Langat dari pukul 9 malam pada 1 Oktober ini hingga pukul 5 pagi keesokannya,†katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Priscilla menasihati orang ramai di kawasan terlibat menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara itu.
Mereka turut dinasihati supaya menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan dan bersabar dengan situasi tersebut.
Kawasan terlibat di Hulu Langat adalah Taman Juara Jaya; Taman Bukit Belimbing; Taman Sungai Besi Indah 1,2,3; Taman Harmoni Indah; Taman Puncak Utama Seri Kembangan; Taman Putra Budiman; Taman Balakong Jaya; Taman Seri Timah; Taman Tanming Jaya; Kawasan Perindustrian Balakong; Taman Industri Selesa Jaya Seri Kembangan; Taman Industri Balakong; Taman Tanming Permai; Taman Industri Lifong; Taman Tanming Ria; Taman Sungai Besi Indah Zon 1; Juta Mines Kondominium Seri Kembangan; Kawasan Perindustrian Cheras Jaya; Taman Impian Ehsan Seri   Kembangan; Taman Desa Karunmas Seri Kembangan; Taman Bukit Emas; Taman Impian Indah; Taman Taming Indah; Taman Sejati; Taman Seri Sungai Long; Taman Bukit Sungai Long; Rumah Kenangan Cheras; Taman Industri Balakong Jaya; Taman Setia Balakong; Taman Sinaran dan Kawasan Perdagangan Desaria Seri Kembangan.
Manakala, kawasan di Petaling yang terjejas adalah seluruh kawasan USJ 2; USJ 3 dan USJ 4.