KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Central Alaska, 1.51 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, pusat gempa itu terletak 2,266km di barat laut Vancouver, Kanada dan 9,393km di timur laut Kudat, Sabah.
Namun tiada ancaman tsunami dilaporkan. – BERNAMA