Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TH Tanggung Kos Tambang...

BALING - Tabung Haji (TH) akan menanggung kos tambang menunaikan fardu haji 40...

Pendidikan Teknikal, Latihan Kemahiran...

KUALA LUMPUR - Usaha bersepadu dan menyeluruh perlu untuk mengarusperdanakan sektor Pendidikan Teknikal...

Banjir : Selangor Rekod...

KLANG – Jumlah mangsa banjir kilat di Selangor terus meningkat menjadi 3, 086...

Kuasa Tertentu Memang Milik...

KUCHING - Hak Sarawak berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan kuasa yang...

Ghani Sah Diisytihar Presiden Baharu Afghanistan

KABUL – Bekas Menteri Kewangan Ashraf Ghani diisytiharkan sebagai Presiden Afghanistan baharu semalam, beberapa jam selepas beliau menandatangani perjanjian perkongsian kuasa dengan pencabarnya Abdullah Abdullah yang menamatkan pertikaian berhubung keputusan pilihan raya.

Menerusi persetujuan yang dicapai di antara kedua belah pihak, Abdullah akan memegang jawatan ketua pegawai eksekutif Afghanistan selaku Perdana Menteri.

Penubuhan kerajaan perpaduan itu dilihat oleh Amerika Syarikat sebagai perkembangan yang akan merintis jalan ke arah pemeteraian Perjanjian Keselamatan Dua Hala (BSA) bagi membolehkan tenteranya terus berada di Afghanistan dalam jumlah lebih kecil selepas 2014. Dakwaan mengenai penipuan besar-besaran pada pilihan raya presiden 14 Jun lalu mencetuskan krisis politik apabila kedua-dua calon mendakwa menang.

Berikutan persetujuan kedua-dua pihak untuk menubuhkan ‘kerajaan perpaduan’, Ghani memeluk Abdullah seketika pada majlis yang berlangsung di Istana Presiden di sini.


Kedua-dua presiden dan perdana menteri itu bagaimanapun tidak berucap pada majlis yang berlangsung di Istana Presiden semalam.

“Suruhanjaya Pilihanraya bebas mengisytiharkan Dr Ashraf Ghani sebagai Presiden, sekali gus menandakan berakhirnya proses pilihan raya,” kata ketuanya Ahmad Yousaf Nuristani. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori