Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tak Menang Tangan Jual...

KUANTAN - Ikan segar menjadi keistimewaan ikan pekasam yang dihasilkan warga emas, Rahmah...

Disengat Tebuan, Nasib Malang...

SEKUMPULAN pendaki yang terdiri daripada sembilan orang berdepan detik-detik cemas apabila tiga daripada...

Pelajar Kolej Mengaku Salah...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar sebuah kolej swasta mengaku bersalah di Mahkamah Majistret...

Matt Nasihat Rakan Artis...

SELAKU pelakon yang terlebih dahulu makan garam dengan liku-liku perjalanan seorang selebriti Hollywood,...

Golf: Eropah Terus Tawan Piala Ryder

GLENEAGLES – Kapten Piala Ryder Eropah, Paul McGinley menggambarkan pemainnya sebagai ‘gergasi’ selepas pasukannya meneruskan dominasi menjuarai trofi elit golf itu buat kali kelapan dalam 10 edisi dengan menewaskan Amerika Syarikat (AS), semalam.

Bintang muda Wales, Jamie Donaldson mengesahkan kejuaraan buat pasukan Eropah pada perlawanan di lubang ke-15 dengan menewaskan bekas pemenang Major Terbuka PGA AS, Keegan Bradley 4 berbalas 3.

Pasukan Eropah memenangi kejuaraan elit antara benua itu dengan keputusan 16 1/2 berbalas 11 1/2.

“Bangga adalah perkataan pertama,” kata McGinley kepada Sky Sports sambil melemparkan senyuman kepada Donaldson.

“Saya mahu berkata ia amat membanggakan untuk bersama 12 pemain ini, mereka semua adalah gergasi, kesemua mereka, kedi, pasukan di sebalik tabir, lima naib kapten dan ia adalah satu usaha keras berpasukan.

“Muka yang buruk ini,” kata McGinley kepada Donaldson. “Untuk melihat bagaimana gembiranya dirinya dan kebanggaan yang kami berikan kepada semua orang dan penonton… saya memberinya kepada orang lain, ia bukan untuk saya.

“Bermain di atas padang adalah sesuatu yang amat, amat istimewa dan saya berkata kepada mereka (pemain) malam semalam, sebanyak mana saya gembira sebagai kapten, ia berbeza jika dibandingkan dengan bermain.

“Nikmatinya, berada di luar sana dan nikmati, kerana hari berlalu dengan amat pantas dan tidak menunggu kamu. Ia satu kebanggaan yang besar.”


Rakan sejawatan McGinley dari AS, Tom Watson berkata pemainnya sudah beraksi sebaik mungkin namun ia masih belum cukup untuk menundukkan Eropah.

“Kamu sudah bermain sebaik mungkin namun ia tidak mencukupi. Kamu perlu meraih kembali apa yang diperlukan untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Jaguh Sepanyol, Sergio Garcia yang menewaskan pemain veteran AS, Jim Furyk mengetuai barisan pemain Eropah yang menghamburkan pujian terhadap McGinley.

“Paul McGinley seorang yang begitu teratur, menyentuh setiap kawasan yang beliau perlukan,” kata Garcia. “Saya pernah bernasib baik kerana memperoleh kapten yang hebat, namun apa yang Paul lakukan sedikit berbeza, dengan gaya yang hebat.

“Dia lebih moden, melihat kepada perkara yang kecil yang menjadikan kami lebih baik dan dia sudah bersama saya selama empat bulan untuk memberitahu apa yang dia mahukan daripada saya dalam pasukan ini.

“Ia amat membantu saya,” katanya. – Reuters

  • Lagi berita berkaitan:
  • golf

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori