KIRA-KIRA 7,200 paket gula-gula jenama Dragon Sweets yang diimport dari China telah ditarik balik daripada pasaran South Island, New Zealand.
Ia gara-gara bentuknya yang menyerupai alat sulit lelaki, sekaligus menimbulkan rasa tidak senang di kalangan ibu bapa.
Menurut seorang bapa, Barrie Aburn, dia terkejut apabila menerima paket gula-gula tersebut daripada anak perempuannya sempena hari jadinya.
“Saya tidak nampak apa yang menarik mengenainya. Ia menjijikkan,” ujar isterinya, Jacqui Hawkins.
Menurut Pengarah Urusan Dutch Rusk yang merupakan syarikat pengimport gula-gula tersebut, Willem Van de Geest, mereka tidak perasan akan ‘kepelikkan’ pada makanan tersebut sehinggalah diberitahu.
Bagaimanapun, dia berkata, bentuk sebegitu mungkin tidak pelik di Asia kerana ia adalah simbol kesihatan dan kesuburan.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC
(Sumber: Daily Mail)