Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Dipenjara 5...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen...

Pakatan Di Selangor Sudah...

PUTRAJAYA — Tindakan kerajaan negeri Selangor menghentikan peruntukan kewangan untuk wakil-wakil rakyat PAS...

Rakyat Malaysia Parah Dalam...

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam letupan gunung berapi White...

‘Bossku’ Dikerumuni Warga Sandakan

KOTA KINABALU - Ratusan orang mengerumuni bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun...

HADIS Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri China Adalah PALSU!

Ini satu yang pasti mengemparkan dan memeranjatkan kita semua kerana selama ini kita kerap mendengar mengenai hadis ini. Ustaz Fatul Bari memberikan penjelasan yang panjang lebar dan jelas mengenai kekeliruan yang sudah wujud selama puluhan tahun dalam maysrakat Islam kita.

Bahan di bawah telah dihantar kepada Mynewshub oleh pihak Abu Aqif melalui message di Fanpage kami.

Berikut adalah penjelasan bahawa hadis

Komen Abu Aqif: Hadith ini sangat popular di negara kita.

Boleh dikatakan, majoriti tenaga pengajar bermodalkan hadith ini untuk memberi semangat kepada murid-murid mereka.

Dari mana asalnya hadith ini?

Hadits ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik radhiyallahu anhu dari Nabi sallallahu alaihi wasallam, beliau bersabda,

اطلبوا العلم ولو بالصين

“Tuntutlah ilmu, walaupun di negeri Cina”

[HR. Ibnu Addi dalam Al-Kamil (207/2),Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbihan (2/106), Al-Khathib dalam Tarikh Baghdad (9/364), Al-Baihaqiy dalam Al-Madkhol (241/324), Ibnu Abdil Barr dalam Al-Jami’ (1/7-8), dan lainnya, semuanya dari jalur Al-Hasan bin ‘Athiyah, ia berkata, Abu ‘Atikah Thorif bin Sulaiman telah menceritakan kami dari Anas secara marfu’]

Ini adalah hadith dhaif jiddan (lemah sekali), bahkan sebagian ahli hadith menghukumnya sebagai hadith batil, tidak ada asalnya.


Ibnul Jauziy rahimahullah berkata dalam Al-Maudhu’at (1/215) berkata, ‘’Ibnu Hibban berkata, hadith ini batil, tidak ada asalnya’’.

Oleh karena itu, Syaikh Al-Albani rahimahullah menilai hadith ini sebagai hadith batil dan lemah dalam Adh-Dhaifah (416).

As-Suyuthiy dalam Al-La’ali’ Al-Mashnu’ah (1/193) menyebutkan dua jalur lain bagi hadith ini, barangkali boleh menguatkan hadith di atas. Namun ternyata, kedua jalur tersebut sama nasibnya dengan hadith di atas, bahkan lebih parah.

Jalur yang pertama, terdapat seorang rawi pendusta, iaitu Ya’qub bin Ishaq Al-Asqalaniy.

Jalur yang kedua, terdapat rawi yang suka memalsukan hadith, iaitu Al-Juwaibariy. Ringkasnya, hadith ini batil, tidak boleh diamalkan, tidak boleh dijadikan hujjah, dan tidak boleh diyakini sebagai sabda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam.

“Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka” [Riwayatkan al-Bukhari]

Mohon tidak disandarkan kata-kata ini kepada Nabi.

Sebarkan supaya bagi meraka yang tidak tahu dapat memberhentikan menyandarkan kepada Nabi.

Semoga bermanfaat. (MYNEWSHUB dan Abu Aqif Studio)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori