Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Isu Bayaran RM1.4 Juta,...

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang...

Najib Dan Rosmah Akan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri akan memfailkan permohonan...

Pembangkang Mahu Bentang RUU...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan berhasrat membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Kebencian...

Fanatik Barbie, Sanggup Habis...

SEORANG wanita berusia 34 tahun dari Jepun yang fanatik dengan anak patung Barbie...

Hafizh Pungut 5 Mata, Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-11

HAFIZH Syahrin Abdullah sekali lagi tampil dengan aksi bertenaga apabila berjaya memungut lima mata setelah menamatkan perlumbaan Moto2 di tempat ke-11  pada saingan Grand Prix Movistar yang berlangsung di Litar Motorland Aragon, Sepanyol, hari ini.

Bermula dari petak ke-17, pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu mengalami sedikit kesukaran pada peringkat awal namun bijak menggunakan peluang untuk memintas seorang demi seorang pelumba di hadapan sebelum berjaya menamatkan perlumbaan 21 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 40’37.239s.

Juara menjadi milik Maverick Vinales (Paginas Amarillas HP40) dengan masa 40’16.321s diikuti Esteve Rabat (Marc VDS Racing), 40’17.606s dan Johann Zarco (AirAsia Caterham) ketiga, 40’21.197s.

“Saya gembira dengan keputusan hari ini  namun jika tidak ada masalah pada awal perlumbaan, saya yakin dapat mencatat keputusan lebih baik. Beberapa pelumba mengalami kemalangan dan berlaga, pada masa sama saya perlu mengelak daripada terlanggar mereka.”


Tambahnya, “selepas sedikit ketinggalan, saya terpaksa mengejar ramai pelumba di hadapan dan berpuas hati dengan keputusan ini. Tinggal baki beberapa pusingan sahaja lagi selepas ini, saya meletak sasaran untuk mencatat keputusan lebih baik,” jelas Hafizh.

Pelumba Program Pembangunan Bakat PETRONAS itu kini berada di tangga ke-19 keseluruhan dengan mengumpul 34 mata. Rabat mendahului kedudukan dengan 278 mata.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori