Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pembedahan Jantung Ayah Punca...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Anuar Zain mendedahkan pengalaman yang dilalui ketika pembedahan jantung...

PRK Rompin, PRK Permatang...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil (PRK)...

100 Anak Yatim Dirai...

BALIK PULAU - Sejumlah 100 anak-anak yatim diraikan pada majlis berbuka puasa sempena...

BN Johor Akan Memberi...

BARISAN Nasional (BN) Johor menegaskan akan memberi kerjasama sebaiknya bagi membolehkan proses perolehan...

Hafizh Syahrin Mula Dari Petak Ke-25 Di GP San Marino

SAN MARINO (Itali) – Pelumba muda negara Hafizh Syahrin Abdullah hanya mampu mencatat masa ke-25 terpantas dalam sesi kelayakan Moto2 menjelang perlumbaan MotoGP Grand Prix San Marino di Litar Misano, di sini, esok.

Selepas muncul pelumba ketiga terpantas dalam dua sesi latihan bebas dalam keadaan hujan semalam, pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu hanya mampu melakarkan masa satu minit 39:670s pada pusingan kelayakan hari ini.

“Saya agak kecewa kerana pada hari kedua kami di sini, ia tidak hujan tetapi ada masalah sedikit dengan sistem suspensi bahagian depan jentera sehingga menjejaskan cengkaman dan melakukan brek dengan tepat.

“Keadaan ini tidak membantu saya mengambil selekoh dengan  ebaiknya…lagipun litar ini bukan mudah dan menjadi seolah-olah gelanggang sendiri buat ramai pelumba Itali dan Sepanyol,” katanya.

Walaupun mencapai keputusan hambar, katanya beliau mahu mengekalkan fokus untuk merapatkan saingan dengan pelumba lain dan menamatkan perlumbaan pada kedudukan yang lebih baik.

Seorang lagi pelumba Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzaman, mewakili pasukan Idemitsu Honda Team Asia, akan memulakan saingan di petak ke-27 selepas merakamkan masa 1:39.832s.


Pelumba Finland, Mika Kallio daripada pasukan Marc VDS Racing Team, akan memulakan perlumbaan di petak pertama apabila mencatatkan masa terpantas 1:38:043s, diikuti rakan sepasukan dari Sepanyol, Esteve Rabat di petak kedua dengan masa 1:38.110s.

Petak ketiga menjadi milik pelumba Switzerland, Thomas Luthi daripada pasukan Interwetten Paddock, dengan catatan masa 1:38:114s.

Dalam kategori Moto3, pelumba negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin daripada pasukan Ongetta-AirAsia, akan bermula dari petak ke-18 selepas mencatatkan masa terpantas 1:44.281s.

Rakan senegara Amirul Hafiz Azmi daripada pasukan SIC-AJO hanya mampu mencatatkan masa 1:46.065s untuk petak ke-32 daripada 35 pelumba dalam kategori tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori