Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ingin Pinjaman RM10,000 Tetapi...

KUANTAN - Hasratnya untuk meminjam wang sebanyak RM10,000, tetapi akibat terpedaya dengan pinjaman...

3 Lelaki Lindungi 58...

KOTA TINGGI: Seorang penyelia dan dua penjaga kilang ditahan kerana melindungi 58 pendatang...

Sebahagian Besar MA63 Diselesaikan...

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar perkara utama dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjaya...

Rita Kesal Peminat Terlalu...

PELAKON popular, Rita Rudaini meluahkan rasa kesal terhadap tindakan sesetengah kelab peminat yang...

Harga Perawan RM16,000 Kerana Menipu

Shanghai – Seorang wanita yang menyaman seorang lelaki kerana ‘mencabuli haknya terhadap keperawanan’ selepas lelaki berkenaan memikatnya dengan janji palsu, menerima hampir RM16,000 sebagai pampasan.

Pasangan berkenaan berpacaran, tetapi selepas wanita itu, Chen, mendapati teman lelakinya itu sudah berkahwin, dia menyamannya atas tuduhan menipu serta menuduh dia berpura-pura bujang dan berjanji untuk berkahwin dengannya.

Seorang jurucakap Mahkamah Rakyat Pudong mengesahkan kes itu dan keputusan berkenaan.

Pasangan berkenaan berkenalan menerusi laman sosial pada 2009, tetapi mula berpacaran pada 2013 sebelum kedua-duanya bercuti bersama-sama ke Singapura dan mengadakan seks.


Apabila lelaki itu, Li, tiba-tiba memutuskan hubungan mereka, Chen menyerbu rumahnya dan mendapati dia sudah beristeri.

Chen menyamannya dengan menuduh dia mencabuli ‘haknya terhadap keperawanan’ dan kesihatan serta menuntut ganti rugi RM261,000 atas alasan mengalami gangguan psikologi.

Mahkamah bagaimanapun hanya mengarahkan Li membayar RM16,000 kerana meragut perawan Chen dengan janji palsu. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori