Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bakar Diri Kerana Nak...

SEKUMPULAN remaja di Rusia sanggup membakar diri sebelum terjun ke dalam sungai gara-gara...

Adenan Satem Jumpa Perdana...

PUTRAJAYA - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini bertemu Perdana...

Malaysia Mampu Kukuh Lagi...

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu memperkukuhkan lagi aspek permulaan perniagaan walaupun enam pembaharuan...

10 Rumah Peneroka RKT...

GUA MUSANG - Sebanyak 10 rumah peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga...

Harimau Ketagih Darah Manusia Serang Mangsa Ke-12

INDIA – Harimau yang mensasarkan lelaki mabuk sebagai mangsanya, kini menyerang kembali. Serangan kali ini menjadikan lelaki berusia 44 tahun yang sedang berjalan pulang ke rumahnya di kampung Badeth sebagai mangsa ke-12.

Harimau yang dahagakan darah itu dikatakan menunggu mangsanya sebelum dia menyerang, mengoyak dan menyiat kulit mangsa lalu memakannya.

Keadaan itu menjadikan penduduk di wilayah Didihat di pergunungan Himalaya berada dalam ketakutan.

Malah binatang ganas yang sering berpindah dari satu kampung ke satu kampung itu juga telah menyukarkan usaha memburunya.

harimau1

“Penduduk kini dalam ketakutan dan kami tidak boleh keluar pada waktu malam lagi.


“Penduduk juga terpaksa membawa kayu ketika keluar rumah dan berjaga-jaga sepanjang masa. Ramai yang percaya lelaki mabuk adalah sasaran mudah bagi harimau tersebut,’’ kata salah seorang penduduk di situ.

Harimau itu mula mengganas pada 2012 selepas ia menyerang seorang lelaki berusia 46 tahun dan pada tahun itu, lima orang menjadi mangsa.

Pada 2013, binatang itu menjadikan lima lagi kaki botol sebagai mangsa dan tahun ini sahaja, dua orang dibunuhnya.

Menurut pakar, harimau itu kini ketagih darah manusia dan lebih mengejutkan apabila ia turut makan usus manusia.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori