Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kesal Kualiti Projek Perumahan...

TANJUNG DAWAI - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus...

Resepi Daun Ketum Celup...

ALOR SETAR - Bagi meraih keuntungan, kini terdapat pula pihak yang dilapor menjual...

Ramai Pemandu Teksi Jepun...

TOKYO — Pengalaman tujuh pemandu teksi di Jepun berikut ini menyegarkan kembali kenyataan bahawa memang ada...

KPN Arah Penyerang Khalid...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memberi...

Hasutan: Adam Adli Dihukum Penjara 12 Bulan

KUALA LUMPUR – Aktivis pembangkang, Adam Adli dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di sebuah dewan, Mei tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Adam yang juga bekas penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela Latheefa Koya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman itu. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori