Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Serlahkan Bakat Anak Di...

ANAK-anak anda suka menyanyi dan berfesyen? Oleh itu, jom serlahkan bakat anak anda...

‘Bikini’ Punya Pasal, Ainul...

AKIBAT terpalit dengan kontroversi bergambar memakai bikini ketika bercuti di Boracay, Filipina beberapa...

Kerajaan Ada Rancangan Pulihkan...

SEREMBAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memang mempunyai...

Musim Terakhir Zulfahmi Dalam...

SEPANG - Selepas enam musim terlibat dalam saingan MotoGP, pelumba negara Zulfahmi Khairuddin...

Hati-Hati Dengan Penipu Ini, Lebih 20 Individu Dah Jadi Mangsa

PUCHONG – Dipercayai sudah menipu lebih 20 mangsa dengan pelbagai modus operandi berbeza, seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai Vicknesh kini didakwa masih bebas serta licik menipu orang ramai untuk urusan jual beli kereta terpakai serta komputer.

Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, kesemua mangsa membuat aduan di pejabatnya di Puchong, namun takut untuk hadir pada sidang media semalam kerana suspek mengugut akan mencederakan mereka.

Chee Heng berkata, suspek dipercayai sudah menipu mangsa sejak tiga tahun lalu dengan jumlah keseluruhan kerugian hampir RM700,000.

Suspek memberitahu mangsa, dia kononnya seorang pemimpin parti politik dan mempunyai beberapa kenderaan milik kerajaan yang akan dijual secara tender dengan harga jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Mangsa yang kebanyakannya dikenali pada majlis keramaian akan diminta memasukkan wang melalui satu akaun bank untuk tujuan pendaftaran dan urusan jual beli.

Tanpa rasa curiga, kebanyakan mangsa yang percaya dengan kata-kata suspek akan melakukan apa yang disuruh sehinggalah menyedari mereka ditipu.


Chee Heng berkata, suspek juga menipu pelajar IPT dan penuntut kolej dalam urusan jual beli komputer.

“Apabila mangsa tanya mana barang yang dijanjikan, dia akan berdolak dalih dan hanya memulangkan sedikit sahaja daripada bayaran dibuat mangsa sekiranya didesak.

“Bukan itu sahaja, suspek juga menjual gelaran datuk kepada individu yang mudah terpengaruh dengan kata-katanya,” katanya.

Chee Heng berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak polis lelaki tersebut dikehendaki di Bukit Aman kerana jenayah dilakukan.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim jual beli seperti itu. – Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori