NAMPAKNYA Pengetua Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Datuk Hattan punya cara yang tersendiri dalam mengemudikan program tersebut.
(BACA: Hattan Pengetua, Faizal Ismail Diumum Pengacara AF 2014)
Salah satunya ialah dengan ‘mengharamkan’ lagu-lagu Indonesia, kecuali yang berbentuk ketuhanan sahaja.
Memetik laporan Murai.com, Hattan menyifatkan lagu-lagu tempatan mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan tidak perlu mengagung-agungkan lagu dari seberang yang melodinya mendatar dan muziknya hampir sama.
“Buat apa kita nak banggakan lagu Indonesia tu, kita patut bangga dengan lagu kita sendiri, kita ada 1001 lagu tempatan yang boleh diketengahkan dan saya yakin pelajar saya dapat menyanyikan dengan baik.
“AF kali ini konsep lama diperkenalkan semula, saya amat setuju sekali, kita tak perlu nak tukar konsep sampai hilang keasliaanya. Tak perlulah sampai nak membaratkan program kita, biarlah kita jadi jaguh tempatan dulu, barulah kita fokus ke peringkat seterusnya,†jelasnya.
Selain itu, para pelajar juga boleh menyanyikan lagu dan genre mengikut kesukaan mereka.
Kami setuju 100 peratus dengan pendirian Hattan itu kerana jika difikirkan, apa kurangnya lagu kita berbanding lagu dari seberang.
Lagipun, sekarang ini lagu tempatan sudah kembali mendapat tempat di hati para peminat muzik tanahair dengan variasi genre yang lebih banyak dan menarik berbanding sebelum ini. Tak gitu?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC
ÂÂ