Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Maut Dijerut Kekasih Cemburu...

KEGEMBIRAAN malam tahun baru bertukar tragedi apabila seorang lelaki sanggup membunuh kekasih sendiri...

Disebabkan Hobinya, Gadis Ini...

Kathryn DiMaria, gadis yang baru berusia 14 tahun ini tidak seperti rakan-rakan sebayanya...

Kertas Siasatan Banglo ‘Murah’...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung...

Jururawat ‘Nakal’ Jadi Model...

BEIJING - Sambutan Hari Jururawat Sedunia yang berlangsung pada 12 Mei lalu nampaknya...

Hidangan Daging Rusa Popular Di Negeri Jelapang Padi

BILA bercakap mengenai daging haiwan eksotik pastinya ada sesetengah daripada kita yang cukup menggemarinya lebih-lebih lagi daging rusa yang dikatakan cukup lembut dan sedap berbanding daging ayam.

Daging rusa juga mendapat permintaan yang cukup tinggi di kalangan penduduk di negeri Kedah, lebih-lebih lagi di daerah Kuala Nerang di mana Semaliang Agro Farm beroperasi.

Semaliang Agro Farm diusahakan pengarah urusannya, Nor Azhar Mohd Noor sejak 2005 di mana pada awalnya mereka bermula dengan projek menternak kambing dan hanya mula membekalkan daging rusa kepada penduduk setempat pada 2008.

“Permintaan rusa sangat tinggi di sini dan kami banyak terima tempahan untuk daging rusa. Daging rusa dijual sebanyak RM60 untuk satu kilogram,” katanya ketika ditemui Mynewshub semasa sesi lawatan Sahabat Media Kedah, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, mereka kini sedang dalam perancangan untuk membuat mini zoo sebagai tarikan kepada pengunjung sama ada pengunjung tempatan mahu pun dari luar negara untuk singgah ke Semaliang Agro Farm.

Antara perkhidmatan yang disediakan di sini ialah pihak mereka membekalkan baka rusa dan kambing, memberi khidmat konsultansi, membina kandang haiwan peliharaan, membekal kambing akikah dan korban serta membeli hasil ternakan rusa daripada penternak.

Untuk perancangan jangka panjang, menurut Azhar, mereka bercadang untuk membela pelanduk dan kijang yang kini masih lagi dalam peringkat perbincangan.

Permintaan yang tinggi terhadap daging rusa ialah kerana dagingnya antara yang mengandungi kolestrol yang paling rendah sekali sementara serbuk tanduk rusa adalah bagus untuk merawat penyakit batu karang.

Buat yang ingin mengalami sendiri pengalaman memberi rusa makan dan melihat lebih dekat lagi bagaimana cara-caranya membela binatang ini, anda bolehlah berkunjung ke Kampung Semeliang, 06300, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman atau menghubungi talian 04-7867143 untuk sebarang maklumat lanjut. – MYNEWSHUB

rusa1


(Media diberi penerangan mengenai ternakan rusa di Semaliang Agro Farm)

(Ternak Rusa

(Nor Azhar memberi makan kepada rusa-rusa ternakannya)

Oleh: JULIANA JOHAR

 

 

 

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Kedah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori