Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Jalan Kaki...

PUTRAJAYA - Lebih 4,000 penjawat awam berjalan kaki sejauh 1.6 kilometer di pusat...

2 Bot Nelayan Vietnam...

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan Vietnam...

Misi ‘Hidup Mati’ Kelantan...

KOTA BHARU - Kelantan berdepan misi 'hidup mati' ketika pasukan itu sedaya-upaya berusaha...

PAS Kesal Peserta Bersih...

BACHOK - PAS hari ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan peserta perhimpunan haram...

Hina Lagu Negaraku: Tak Tahan Dikutuk Baru Pandai Minta Maaf?

Tindakan menghina lagu kebangsaan yang dimainkan di panggung wayang sempena hari kemerdekaan dan Hari Malaysia oleh ahli parlimen Kuching dari parti DAP, Chong Chieng Jen umpama bermain api.

Menerusi status Facebook Chong telah mempertikaikan mengapa lagu kebangsaan itu dimainkan sebelum boleh menonton wayang dan mengibaratkannya bagai zaman Komunis era Mao yang memaksa orang menjadi patriotik.

Malang sungguh bagi penyokong yang mengundi Chong hingga dia naik menjadi ahli parlimen memandangkan dia sendiri tidak mempunyai semangat sayangkan negara walau mewakili rakyat negara ini.

Tak hairanlah status FB Chong ini menerima kritikan dahsyat di laman siber.

Begitu pun komen paling WIN bagi kami datangnya daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

kj komen

Mungkin tak tahan dihencap secara beramai-ramai, Chong akhirnya memuat naik kenyataan meminta maaf hari ini.

Bagaimana pun tindakan ini dilihat tidak sepenuh hati kerana Chong telah memadamkan kenyataan kontroversinya sebelum ini manakala dalam permintaan maafnya Chong berkeras tidak setuju lagu kebangsaan dimainkan di panggung wayang.

sorry naik lori


Akibatnya kebanyakan komen diterima bagi membalas permintaan maafnya di Facebook adalah kritikan daripada rakyat Malaysia berbilang bangsa.

Ada yang mempertikaikan apakah perbuatan sebegini mencerminkan sikap seorang MP dan betapa mudahnya dia meminta maaf selepas mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir dahulu.

komen1

komen2

komen3

Bagi rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan di Malaysia kenyataan Chong sebelum ini sangat melampau dan membayangkan bahawa lagu kebangsaan tidak membawa erti besar.

Maka permintaan maaf yang kelihatan tidak sepenuh hati ini tidak akan mudah mengubah persepsi terhadapnya. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori