Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3 Hipokrit Tun M...

SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jarang 'libas' lawan politiknya,...

Mohamed Hanipa Sedar Dan...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin yang...

Alami Keguguran, Sharifah Sakinah...

PELAKON terkenal, Sharifah Sakinah yang mengalami keguguran baru-baru ini menganggap masih belum rezeki...

ASEAN Perlu Jelas, Tegas...

LANGKAWI - ASEAN perlu mempunyai hala tuju yang jelas, tindakan kolektif dan pendirian...

Hoki Ais Mungkin Tersenarai Pada Sukan SEA 2017

PETALING JAYA – Acara hoki ais mungkin disenaraikan sebagai sukan pilihan tuan rumah, Malaysia, pada temasya Sukan SEA 2017, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata acara sukan itu kini berada dalam senarai pendek acara-acara sukan untuk dipertimbangkan pada temasya dwitahunan itu.

Justeru, katanya Persekutuan Hoki Ais Malaysia (MIHF) perlu mengemukakan rekod pencapaian pasukan negara serta program pembangunan atlet sebagai kayu pengukur untuk membolehkan acara itu disenaraikan dalam Sukan SEA 2017.

Selaku tuan rumah, sudah tentu kita tidak mahu pilih sukan yang tidak boleh menyumbang pingat emas kepada negara, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Hoki Ais Jemputan Antarabangsa di Sunway Pyramid di sini hari ini.

Khairy berkata Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) diminta untuk berbincang dengan MIHF mengenai cadangan itu serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkembangan dan pembangunan sukan itu.

Mengenai venue sukan hoki ais, beliau berkata terdapat beberapa gelanggang yang disediakan oleh pihak swasta di Lembah Klang dan juga di Nilai, Negeri Sembilan.


“Saya telah maklumkan kepada MIHF ada juga ruang untuk dibina gelanggang di Bukit Jalil sekiranya saya melihat dari segi prestasi dan penglibatan dalam sukan ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden MIHF Datuk Lee Hwa Beng berkata pihaknya menyahut cabaran Menteri Belia dan Sukan untuk melihat pencapaian dan prestasi terbaik atlet hoki ais bagi membolehkan sukan itu disenaraikan dalam Sukan SEA 2017.

Sementara itu, sebanyak 27 pasukan melibatkan lebih 200 pemain dari Hong Kong, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia menyertai kejohanan jemputan edisi keenam itu.

Kejohanan selama empat hari itu akan berakhir Sabtu ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori